Friday, November 21, 2014

Tips: Bagaimana nak maintain kening supaya tak berselerak

Sesiape yang memang dah ada kening hitam dan terletak tu memang sangat bertuah dah..macam saya, kening saya berselerak dan sangat jarang. Bila keluar rumah, saya akan warnakan kening supaya nampak tebal dan gelap ala2 Nora Danish.

Kemudian, untuk pastikan kening saya betol2 pada landasan yang telah saya warnakan, saya pakai browgel. TAPI boleh jugak kita guna cara DIY yang lain untuk gantikan browgel ni.



Boleh explore option di bawah:
1. Spray sikit hair spray pada jari atau brow comb, kemudian aliskan pada kening, dengan cara ni, bulu kening akan terurus dan terletak pada landasan yang betol.

2. Calitkan sikit lipbalm yang warna transparent pada jari, kemudian ratakan di bahagian kening. Cara ini juga dpt membantu kedudukan bulu-bulu kening. Sedikit cadangan kat sini, boleh guna Vaseline (petroleum jelly). 



Selamat mencuba!

P/S: Untuk warnakan kening, saya guna FCC Eyebrow Pencil no 03...Harga RM18.90 sahaja!


FCC eyebrow pencil



Tuesday, November 18, 2014

FCC: True Color Lipstick

Salam all,

Tak puas hati tengok warna lipstick kat pamplet je kan? Kat sini saya akan upload sebanyak yang mungkin warna-warna lipstick Truecolor FCC ye..

lipstik gincu halal


FCC gincu halal lipstick
No. 08

FCC truecolor lipstick
No. 18

FCC truecolor lipstick
No. 13

FCC truecolor lipstick
No. 04

FCC truecolor lipstick
No.27

FCC truecolor lipstick
No.03

FCC truecolor lipstick
No.11

FCC truecolor lipstick
No.22

ni la die...

No. 08 - orangy, sangat terang sesuai dengan trend sekarang..kalau dah pakai terang macam ni, tak perlu lah berat-berat warna pada mata
No. 18 - Peach color, nak kata terang takdelah terang, untuk natural look sesuai sangat
No. 13 - light pink, sesuai untuk solekan malam bersama dengan smokey eyes
No. 04 - Pink, sesuai jugak untuk natural look
No. 27 dan No.22 - Cantik dengan wanita berkulit gelap, kalau untuk yang kulit cerah nak pakai pun boleh, akan nampak mature gitu..ease on the shadow ye ladies kalo anda nak pakai warna macam ni
No. 23 - Ni warna oren lembut, sesuai juga dengan eyeshadow earthcolor
No. 11 - Warna pink base, sesuai untuk any occasion. pakai lipstick dan eyelinerdah memadai

Ada lagi warna-warna lain, tapi belum sempat nak snap...will update later!

Tips: Panduan memilih warna foundation (High Performance) bersesuaian dengan kulit

Salam peminat-peminat FCC

Ini merupakan post pertama selepas umat Islam menyambut lebaran. Jadi belum terlambat untuk shopfcc.net mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Ramai yang bertanya saya kalau beli online macamana nak pilih warna foundation sesuai dengan kulit? Kat bawah ni ada sedikit panduan mengikut pengalaman saya (pengalaman menjadi Make Up Artist selama 3tahun lebih, pernah makeup Wan Zaleha Radzi, dan make up models untuk photoshoot dan catwalk, expertise in bridal...kalau nak book make-up, klik sini ---> Portfolio Makeup)




Warna High Performance Foundation:
1. Warna 05  - kulit putih melepak macam Siti Nurhaliza, Nora Danish

2. Warna 06  - kulit cerah kuning langsat

3. Warna 07  - kulit cerah jugak. warna yang ni gelap sikit je dari warna 06, tapi masih dalam kategori cerah. Biasanya untuk kategori natural, sawo matang. boleh kata olive skintone

4. Warna 08 - untuk warna kulit yang nak kata cerah, tak cerah sangat, nak kata gelap tak gelap..kulit orang melayu yang sawo matang

5. Warna 10 - untuk warna kulit yang sederhana gelap, sedikit tanned dari sawo matang, kategori medium dark

Ini hanyalah penjelasan mengenai warna foundation, namun pemilihan warna terletak di tangan anda. Boleh pilih sama warna kulit atau pilih 1 shade lebih cerah dari warna kulit asal, blend foundation dengan rata dan anda akan dapat hasil High Performance Foundation yang flawless.

Sorry ladies..Range warna dari jenis High Performance Foundation limited sangat warnanya. Daripada wanita-wanita berkulit putih sehingga yang sederhana gelap je yang boleh pakai. (Isu ni dah diutarakan di FCC Principle di Turki...lets keep our finger cross supaya mereka boleh produce range warna yang lebih gelap)



Monday, November 17, 2014

Tips: Cara mengatasi masalah bibir kering

Bibir yang merekah sangat tak menarik dan kadang-kadang menyakitkan. Berikut adalah cadangan bagaimana untuk mengatasi masalah bibir kering.

1. Minum banyak air untuk mengelakkan bibir mengelupas. Saintis menyarankan supaya kita minum 8 gelas sehari besamaan dengan 2 hing 2.5 Litre.

2. Makan lebih banyak sayur-sayuran dalam diet anda seharian. Badan anda mungkin mengandungi lebih banyak asid, dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, ianya mampu mengembalikan pH alkali yang diperlukan oleh badan anda

3. Bersihkan kulit bibir yang mengelupas dengan cara dabbing motion menggunakan kain yang dibasahkan dengan air suam



4. Pastikan bibir anda betul-betul kering dan pakai lip balm. Tujuan pemakain lipbalm adalah untuk melembapkan bibir.



SELAMAT MENCUBA!






Saturday, November 15, 2014

Tips: Panduan Pemakaian Maskara

Ramai wanita yang sering mengatakan bahawa mereka tidak reti untuk memakai maskara tetapi terlalu menginginkan bulu mata yang menawan. Oleh itu, kami akan membantu anda dengan cara-cara memakai maskara dan produk-produk FCC yang patut anda cuba! 

9 Panduan Pemakaian Maskara
  1. Pemakaian maskara mestilah langkah terakhir bila bersolek. Ini bagi mengelakkan sapuan bedak memalapkan bulu mata. Calitkan berus maskara pada pangkal bulu mata dan goyang-goyangkan secara melintang pada bulu mata untuk seketika. Kemudian gerakkan berus maskara menghala ke hujung bulu mata. Biarkan bulu mata kering sebelum mengulang kali kedua. Jangan buat sapuan lebih daripada 2 kali
  2. Bila membeli maskara, utamakan bentuk berus dan juga jenis rumusan. Rupa bentuk berus sepatutnya cukup jauh untuk mengelakkan ia bergumpal tetapi cukup dekat untuk berupaya menyelaput semua bulu mata. Bentuk berus yang pendek dan halus selalunya menawarkan selaput yang tipis manakala berus yang padat menyelaputi lebih tebal dan lebat.
  3. Selain itu bila membeli maskara pastikan dakwat maskara tak melekat pada bulu mata dan menyelaputi bulu mata dengan seragam daripada pangkal hingga ke hujung. Pastikan juga ianya cepat kering tetapi memberi cukup waktu untuk bulu mata membentuk. Maskara juga perlu cukup upaya membentuk bulu mata dan cukup lembut utk tahan geseran serta dapat mewarnakan bulu mata dan selesa pada mata.
  4. Kiranya maskara kita meleleh atau terlalu basah, gunakan tisu utk menekapnya selepas memakai. Bagi mengelakkan maskara berbekas dan comot bawah mata, pilih jenis kalis air ataupun tahan air. Kalau tak pun, cuba bedakkan bulu mata sebelum pakai maskara. Banyak sebabnya kenapa maskara comot. Antaranya terlalu banyak mengoles pelembap, penggunaan bedak asas berpelembap, bingkai cermin mata bertongkatkan pipi. Sekiranya sekeliling mata kita berminyak, ia boleh menyebabkan maskara berbekas.
  5. Sentiasa calitkan maskara pada bulu mata atas pada bahagian bawahnya. Manakala untuk bulu mata bawah pula, sapu pada bahagian atasnya. Memakai maskara pada atas bulu mata atas akan membuat bulu mata nampak berat dan berbuku-buku.
  6. Sentiasa mencalit nipis maskara pada bulu mata bawah. Untuk memiliki solekan wajah yang bersih, elakkan memakai maskara di bulu mata bawah.
  7. Sentiasa memakai dengan memegang maskara secara selari atau melintang dengan lantai. Jangan halakan hujung maskara ke mata anda. Ia boleh menyebabkan berlaku gumpalan serta bahaya kepada mata.
  8. Jangan memakai maskara dalam kenderaan yang bergerak. Untuk mendapatkan hasil yang baik bila memakai maskara, cuba golek-golekkan maskara seolah-olah menyikat bulu mata.
  9. Untuk merias semula atau senang kata 'touch up', boleh juga nak sapu maskara buat kali kedua. Tapi sapuan kenalah tipis bagi mengelakkan gumpalan.
Sumber Asal: 9 Panduan Memakai Maskara Dengan Betul | HASRULHASSAN.COM™

jom tengok perbezaan sebelum dan selepas pemakaian Starlook dan Advanced Styling Mascara:
Advanced Styling Mascara RM45.90

Starlook Mascara RM47.90



Friday, November 14, 2014

FCC: Make-up Palette

Pernahkah anda mengalami situasi semasa travelling dimana anda terlupa nak pack warna eyeshadow atau lipstick kegemaran anda? Mesti pernah kan? Nasty feeling...

Atas permintaan ramai FCC telah mengeluarkan 2 jenis make-up palette yang cukup lengkap dengan eyeshadow, blusher, lipstik dan facepowder. Eyeshadow dan lipstik dari palette ni didatangai bukan setakat 1 warna, malah ada macam-macam pilihan warna dalam 1 palette. Terdiri dari warna yang cantik dari warm colors hingga ke cold colors. Yang menarik lagi, cakap je nak make-up look macamana, nak classic look, natural, bronzy semua warna cukup lengkap dalam 1 palette ni.




Harga pulak kalau accumulate warna-warna eyeshadow, lipcolor, blusher dan facepowder FCC memanglah beratus-ratus, tetapi FCC hanya jual pada harga RM168(PINK PALETTE) dan RM188(DIAMOND PALETTE).

TAPI.................TUNGGU DULU!!

Beli dengan shopfcc.net, anda hanya perlu register dan membuat pembelian di website kami, anda dapat beli palette ni dengan hanya RM90(PINK PALETTE) dan RM120(DIAMOND PALETTE). Sangat berbaloi.

Offer hebat ini hanya berlangsung sebelum puasa ye, tunggu apa lagi...cepat-cepat order di www.shopfcc.net.





PINK PALETTE - RM168 RM90


DIAMOND PALETTE - RM188 RM120



Thursday, November 13, 2014

FCC: Kenapa perlu ber"BBCC"kan kulit anda?

AA + BB = CC

Anti Aging + Beauty Balm = Color Control

BBCC Cream
RM80

Ciri-ciri dan kelebihan FCC BB cream dan CC Cream
  • Wajah tetap kelihatan semulajadi setelah diaplikasi seperti tidak mengenakan sebarang solekan.
  • Memberi litupan sama seperti bedak asas, namun, teksturnya yang lebih ringan dan tipis tidak menyumbatkan pori-pori sekaligus wajah kelihatan tidak berminyak.
  • Mengandungi Multi-Vitamins yang membantu memperbaiki kulit dari masa ke semasa:

Persamaan BB & CC CREAM:

  • Macadamia Oil - Memberi kelembapan kepada kulit sepanjang hari.
  • Vitamin B3 - Mengandungi agen yang dapat mengembalikan keserian semulajadi wajah anda.
  • Oat Extract - Menyuburkan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru bagi mengekalkan keremajaan kulit. 
  • Silk Protein - Mengandungi agen yang bertindak untuk melembutkan, menghaluskan dan menghasilkan tona warna kulit yang sekata.
  • Collagen & Argan Oil - Memperbaiki tesktur permukaan kulit dan membantu mengurangkan garis-garis halus dan tanda penuaan.

Kebolehantambahan CC CREAM:

  • SPF 25 - Perlindungan lebih daripada sinaran cahaya UVA & UVB
  • Vitamin C - Anti-oksida yang membantu memperbaiki penampilan sun damaged skin, mengurangkan keradangan, menggalakkan penghasilan kolagen, mengurangkan hyper pigmentation dan meningkatkan keberkesanan sunscreen.

Harga : CC CREAM - RM 45.90 (WM), RM 47.90 (EM)
BB CREAM - RM 39.90 (WM), RM 41.90 (EM)
Aplikasi : CC Cream - SIANG, BB Cream - MALAM
Mengapa Pilih?? Miliki KEDUA-DUANYA!!