Friday, November 21, 2014

Tips: Bagaimana nak maintain kening supaya tak berselerak

Sesiape yang memang dah ada kening hitam dan terletak tu memang sangat bertuah dah..macam saya, kening saya berselerak dan sangat jarang. Bila keluar rumah, saya akan warnakan kening supaya nampak tebal dan gelap ala2 Nora Danish.

Kemudian, untuk pastikan kening saya betol2 pada landasan yang telah saya warnakan, saya pakai browgel. TAPI boleh jugak kita guna cara DIY yang lain untuk gantikan browgel ni.



Boleh explore option di bawah:
1. Spray sikit hair spray pada jari atau brow comb, kemudian aliskan pada kening, dengan cara ni, bulu kening akan terurus dan terletak pada landasan yang betol.

2. Calitkan sikit lipbalm yang warna transparent pada jari, kemudian ratakan di bahagian kening. Cara ini juga dpt membantu kedudukan bulu-bulu kening. Sedikit cadangan kat sini, boleh guna Vaseline (petroleum jelly). 



Selamat mencuba!

P/S: Untuk warnakan kening, saya guna FCC Eyebrow Pencil no 03...Harga RM18.90 sahaja!


FCC eyebrow pencil



Tuesday, November 18, 2014

FCC: True Color Lipstick

Salam all,

Tak puas hati tengok warna lipstick kat pamplet je kan? Kat sini saya akan upload sebanyak yang mungkin warna-warna lipstick Truecolor FCC ye..

lipstik gincu halal


FCC gincu halal lipstick
No. 08

FCC truecolor lipstick
No. 18

FCC truecolor lipstick
No. 13

FCC truecolor lipstick
No. 04

FCC truecolor lipstick
No.27

FCC truecolor lipstick
No.03

FCC truecolor lipstick
No.11

FCC truecolor lipstick
No.22

ni la die...

No. 08 - orangy, sangat terang sesuai dengan trend sekarang..kalau dah pakai terang macam ni, tak perlu lah berat-berat warna pada mata
No. 18 - Peach color, nak kata terang takdelah terang, untuk natural look sesuai sangat
No. 13 - light pink, sesuai untuk solekan malam bersama dengan smokey eyes
No. 04 - Pink, sesuai jugak untuk natural look
No. 27 dan No.22 - Cantik dengan wanita berkulit gelap, kalau untuk yang kulit cerah nak pakai pun boleh, akan nampak mature gitu..ease on the shadow ye ladies kalo anda nak pakai warna macam ni
No. 23 - Ni warna oren lembut, sesuai juga dengan eyeshadow earthcolor
No. 11 - Warna pink base, sesuai untuk any occasion. pakai lipstick dan eyelinerdah memadai

Ada lagi warna-warna lain, tapi belum sempat nak snap...will update later!

Tips: Panduan memilih warna foundation (High Performance) bersesuaian dengan kulit

Salam peminat-peminat FCC

Ini merupakan post pertama selepas umat Islam menyambut lebaran. Jadi belum terlambat untuk shopfcc.net mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Ramai yang bertanya saya kalau beli online macamana nak pilih warna foundation sesuai dengan kulit? Kat bawah ni ada sedikit panduan mengikut pengalaman saya (pengalaman menjadi Make Up Artist selama 3tahun lebih, pernah makeup Wan Zaleha Radzi, dan make up models untuk photoshoot dan catwalk, expertise in bridal...kalau nak book make-up, klik sini ---> Portfolio Makeup)




Warna High Performance Foundation:
1. Warna 05  - kulit putih melepak macam Siti Nurhaliza, Nora Danish

2. Warna 06  - kulit cerah kuning langsat

3. Warna 07  - kulit cerah jugak. warna yang ni gelap sikit je dari warna 06, tapi masih dalam kategori cerah. Biasanya untuk kategori natural, sawo matang. boleh kata olive skintone

4. Warna 08 - untuk warna kulit yang nak kata cerah, tak cerah sangat, nak kata gelap tak gelap..kulit orang melayu yang sawo matang

5. Warna 10 - untuk warna kulit yang sederhana gelap, sedikit tanned dari sawo matang, kategori medium dark

Ini hanyalah penjelasan mengenai warna foundation, namun pemilihan warna terletak di tangan anda. Boleh pilih sama warna kulit atau pilih 1 shade lebih cerah dari warna kulit asal, blend foundation dengan rata dan anda akan dapat hasil High Performance Foundation yang flawless.

Sorry ladies..Range warna dari jenis High Performance Foundation limited sangat warnanya. Daripada wanita-wanita berkulit putih sehingga yang sederhana gelap je yang boleh pakai. (Isu ni dah diutarakan di FCC Principle di Turki...lets keep our finger cross supaya mereka boleh produce range warna yang lebih gelap)



Monday, November 17, 2014

Tips: Cara mengatasi masalah bibir kering

Bibir yang merekah sangat tak menarik dan kadang-kadang menyakitkan. Berikut adalah cadangan bagaimana untuk mengatasi masalah bibir kering.

1. Minum banyak air untuk mengelakkan bibir mengelupas. Saintis menyarankan supaya kita minum 8 gelas sehari besamaan dengan 2 hing 2.5 Litre.

2. Makan lebih banyak sayur-sayuran dalam diet anda seharian. Badan anda mungkin mengandungi lebih banyak asid, dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, ianya mampu mengembalikan pH alkali yang diperlukan oleh badan anda

3. Bersihkan kulit bibir yang mengelupas dengan cara dabbing motion menggunakan kain yang dibasahkan dengan air suam



4. Pastikan bibir anda betul-betul kering dan pakai lip balm. Tujuan pemakain lipbalm adalah untuk melembapkan bibir.



SELAMAT MENCUBA!






Saturday, November 15, 2014

Tips: Panduan Pemakaian Maskara

Ramai wanita yang sering mengatakan bahawa mereka tidak reti untuk memakai maskara tetapi terlalu menginginkan bulu mata yang menawan. Oleh itu, kami akan membantu anda dengan cara-cara memakai maskara dan produk-produk FCC yang patut anda cuba! 

9 Panduan Pemakaian Maskara
  1. Pemakaian maskara mestilah langkah terakhir bila bersolek. Ini bagi mengelakkan sapuan bedak memalapkan bulu mata. Calitkan berus maskara pada pangkal bulu mata dan goyang-goyangkan secara melintang pada bulu mata untuk seketika. Kemudian gerakkan berus maskara menghala ke hujung bulu mata. Biarkan bulu mata kering sebelum mengulang kali kedua. Jangan buat sapuan lebih daripada 2 kali
  2. Bila membeli maskara, utamakan bentuk berus dan juga jenis rumusan. Rupa bentuk berus sepatutnya cukup jauh untuk mengelakkan ia bergumpal tetapi cukup dekat untuk berupaya menyelaput semua bulu mata. Bentuk berus yang pendek dan halus selalunya menawarkan selaput yang tipis manakala berus yang padat menyelaputi lebih tebal dan lebat.
  3. Selain itu bila membeli maskara pastikan dakwat maskara tak melekat pada bulu mata dan menyelaputi bulu mata dengan seragam daripada pangkal hingga ke hujung. Pastikan juga ianya cepat kering tetapi memberi cukup waktu untuk bulu mata membentuk. Maskara juga perlu cukup upaya membentuk bulu mata dan cukup lembut utk tahan geseran serta dapat mewarnakan bulu mata dan selesa pada mata.
  4. Kiranya maskara kita meleleh atau terlalu basah, gunakan tisu utk menekapnya selepas memakai. Bagi mengelakkan maskara berbekas dan comot bawah mata, pilih jenis kalis air ataupun tahan air. Kalau tak pun, cuba bedakkan bulu mata sebelum pakai maskara. Banyak sebabnya kenapa maskara comot. Antaranya terlalu banyak mengoles pelembap, penggunaan bedak asas berpelembap, bingkai cermin mata bertongkatkan pipi. Sekiranya sekeliling mata kita berminyak, ia boleh menyebabkan maskara berbekas.
  5. Sentiasa calitkan maskara pada bulu mata atas pada bahagian bawahnya. Manakala untuk bulu mata bawah pula, sapu pada bahagian atasnya. Memakai maskara pada atas bulu mata atas akan membuat bulu mata nampak berat dan berbuku-buku.
  6. Sentiasa mencalit nipis maskara pada bulu mata bawah. Untuk memiliki solekan wajah yang bersih, elakkan memakai maskara di bulu mata bawah.
  7. Sentiasa memakai dengan memegang maskara secara selari atau melintang dengan lantai. Jangan halakan hujung maskara ke mata anda. Ia boleh menyebabkan berlaku gumpalan serta bahaya kepada mata.
  8. Jangan memakai maskara dalam kenderaan yang bergerak. Untuk mendapatkan hasil yang baik bila memakai maskara, cuba golek-golekkan maskara seolah-olah menyikat bulu mata.
  9. Untuk merias semula atau senang kata 'touch up', boleh juga nak sapu maskara buat kali kedua. Tapi sapuan kenalah tipis bagi mengelakkan gumpalan.
Sumber Asal: 9 Panduan Memakai Maskara Dengan Betul | HASRULHASSAN.COM™

jom tengok perbezaan sebelum dan selepas pemakaian Starlook dan Advanced Styling Mascara:
Advanced Styling Mascara RM45.90

Starlook Mascara RM47.90



Friday, November 14, 2014

FCC: Make-up Palette

Pernahkah anda mengalami situasi semasa travelling dimana anda terlupa nak pack warna eyeshadow atau lipstick kegemaran anda? Mesti pernah kan? Nasty feeling...

Atas permintaan ramai FCC telah mengeluarkan 2 jenis make-up palette yang cukup lengkap dengan eyeshadow, blusher, lipstik dan facepowder. Eyeshadow dan lipstik dari palette ni didatangai bukan setakat 1 warna, malah ada macam-macam pilihan warna dalam 1 palette. Terdiri dari warna yang cantik dari warm colors hingga ke cold colors. Yang menarik lagi, cakap je nak make-up look macamana, nak classic look, natural, bronzy semua warna cukup lengkap dalam 1 palette ni.




Harga pulak kalau accumulate warna-warna eyeshadow, lipcolor, blusher dan facepowder FCC memanglah beratus-ratus, tetapi FCC hanya jual pada harga RM168(PINK PALETTE) dan RM188(DIAMOND PALETTE).

TAPI.................TUNGGU DULU!!

Beli dengan shopfcc.net, anda hanya perlu register dan membuat pembelian di website kami, anda dapat beli palette ni dengan hanya RM90(PINK PALETTE) dan RM120(DIAMOND PALETTE). Sangat berbaloi.

Offer hebat ini hanya berlangsung sebelum puasa ye, tunggu apa lagi...cepat-cepat order di www.shopfcc.net.





PINK PALETTE - RM168 RM90


DIAMOND PALETTE - RM188 RM120



Thursday, November 13, 2014

FCC: Kenapa perlu ber"BBCC"kan kulit anda?

AA + BB = CC

Anti Aging + Beauty Balm = Color Control

BBCC Cream
RM80

Ciri-ciri dan kelebihan FCC BB cream dan CC Cream
  • Wajah tetap kelihatan semulajadi setelah diaplikasi seperti tidak mengenakan sebarang solekan.
  • Memberi litupan sama seperti bedak asas, namun, teksturnya yang lebih ringan dan tipis tidak menyumbatkan pori-pori sekaligus wajah kelihatan tidak berminyak.
  • Mengandungi Multi-Vitamins yang membantu memperbaiki kulit dari masa ke semasa:

Persamaan BB & CC CREAM:

  • Macadamia Oil - Memberi kelembapan kepada kulit sepanjang hari.
  • Vitamin B3 - Mengandungi agen yang dapat mengembalikan keserian semulajadi wajah anda.
  • Oat Extract - Menyuburkan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru bagi mengekalkan keremajaan kulit. 
  • Silk Protein - Mengandungi agen yang bertindak untuk melembutkan, menghaluskan dan menghasilkan tona warna kulit yang sekata.
  • Collagen & Argan Oil - Memperbaiki tesktur permukaan kulit dan membantu mengurangkan garis-garis halus dan tanda penuaan.

Kebolehantambahan CC CREAM:

  • SPF 25 - Perlindungan lebih daripada sinaran cahaya UVA & UVB
  • Vitamin C - Anti-oksida yang membantu memperbaiki penampilan sun damaged skin, mengurangkan keradangan, menggalakkan penghasilan kolagen, mengurangkan hyper pigmentation dan meningkatkan keberkesanan sunscreen.

Harga : CC CREAM - RM 45.90 (WM), RM 47.90 (EM)
BB CREAM - RM 39.90 (WM), RM 41.90 (EM)
Aplikasi : CC Cream - SIANG, BB Cream - MALAM
Mengapa Pilih?? Miliki KEDUA-DUANYA!!

Tuesday, November 11, 2014

FCC: Starlook dan Advanced Styling Mascara

Memperkenalkan produk terbaru dari FCC khas untuk membantu wanita-wanita diluar sana mendapatkan bulu mata yang menawan.

Starlook Mascara:
Mempunyai warna yang hitam dengan mascara wand yang sangat eksklusif, mampu membentuk bulu mata yang hitam dan lebat. Mempunyai formula keratin yang telah diperbaharui, mascara ini berupaya melindungi, melebatkan dan menguatkan bulu mata supaya terbentuk lebih lebat dan menawan.


Starlook Mascara
RM47.90



Advanced Styling Mascara:
Formula silk protein yang telah diperkayakan mampu memberi perlindungan untuk bulu mata anda supaya ianya lebih tebal dan panjang selain menguatkan akar bulu mata. Reka bentuk mascara wand yang unik dapat memaksimumkan prestasi formula dan meninggalkan kesan seperti memakai bulu mata palsu yang lebat dan panjang.


Advanced Styling Mascara
RM45.90

Dan yang paling penting kedua-dua mascara ni senang nak basuh dan tidak meninggalkan kesan hitam pada mata, juga tidak comot. Jadi senang lah kalau kita nak ambil wudhu' pun kan..



Monday, November 10, 2014

FCC: CC Cream

FCC All-in-One CC Cream merupakan satu produk “miracle” terkini yang mempunyai kelebihan yang sama seperti BB Cream dengan kebolehannya untuk memperbaiki dan meratakan tona kulit, sekaligus menjadikan wajah anda kelihatan lebih berseri serta-merta.

Kelebihan CC Cream FCC:

  • Wajah tetap kelihatan semulajadi setelah diaplikasi seperti tidak mengenakan sebarang solekan
  • Memberi litupan sama seperti bedak asas, namun, teksturnya yang lebih ringan dan tipis tidak menyumbatkan pori-pori sekaligus wajah kelihatan tidak berminyak
  • Mengandungi Multi-Vitamins yang membantu memperbaiki kulit dari masa ke semasa:
    • Menyerupai BB Cream
    • Macadamia Oil - Memberi kelembapan kepada kulit sepanjang hari
    • Vitamin B3 - Mengandungi agen yang dapat mengembalikan keserian semulajadi wajah anda
    • Oat Extract - Menyuburkan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru bagi mengekalkan keremajaan kulit
    • Silk Protein - Mengandungi agen yang bertindak untuk melembutkan, menghaluskan dan menghasilkan tona warna kulit yang sekata
    • Collagen & Argan Oil - Memperbaiki tesktur permukaan kulit dan membantu mengurangkan garis-garis halus dan tanda penuaan
  • Kelebihan tambahan:
    • SPF 15 25 - Perlindungan lebih daripada sinaran cahaya UVA & UVB
    • Vitamin C - Anti-oksida yang membantu memperbaiki penampilan sun damaged skin, mengurangkan keradangan, menggalakkan penghasilan kolagen, mengurangkan hyper pigmentation dan meningkatkan keberkesanan sunscreen
  • Sesuai untuk SEMUA jenis kulit
  • Didatangi dalam 2 warna, light to medium dan medium to dark
CC Cream
Harga : RM 45.90


Sunday, November 9, 2014

Info: Kenali Argan Oil

Tahukan anda salah satu kandungan utam BB Cream dan CC Cream ialah Argan Oil? Jom kenali Argan Oil dan manfaatnya...

Minyak Argan adalah sejenis minyak yang dihasilkan dari buah pohon Argan (spesis pokok yang dilindungi di dunia). Argan oil sangat terkenal sebagai baham premium dalam pembuatan kosmetik dan perusahan ubat-ubatan. Argan oil mempunyai 200% lebih kaya dengan vitamin E berbanding minyak zaitun.



Berikut merupakan kelebihan Argan Oil:

1. Minyak Argan kaya dengan vitamin E dan penggunaan setiap hari mampu menghasilkan kulit yang lebih tegang, halus dan tampak muda

2. Berfungsi sebagai pelembap semulajadi kepada kulit kerana mengandungi asid lemal dan sterol, sangat mudah diserap oleh kulit tanpa rasa berminyak

3. Menutrisi kulit dan menjaga kulit agar tidak kering kerana mengandungi triterpenoids yang efektif yang melindungi dari kekotoran dan sengatan sinar UV

4. Merawat kulit kepala agar rambut tumbuh lebat, kuat dan sihat

5. Merperkuatkan kuku, mengatasi masalah kuku yang rapuh dan mudah rosak

6. Mengatasi masalah bintik hitam, parut luka atau jerawat



7. Menghilangkan selulit/ Stretch mark selepas melahirkan dengan pemakaian Argan oil secara rutin

Saturday, November 8, 2014

FCC: BB Cream

BB Cream atau kata nama lain ialah beauty balm atau blemish balm. Mula dihasilkan die Germany oleh seorang dermatologist yang mana mahukan sejenis cream yang dapat melindungi kulit dan mampu menutupi cela selepas rawatan laser.

Formula all-in one ini kemudiannya menjadi kegilaan di Korea Selatan dan seterusnya menular di Asia.

Krim versatile hibrid ini mampu mengambil alih pekerjaan 5-6 produk skincare/makeup yang lain: moisturizer, primer, sunscreen, skin treatment, concealer dan foundation. 

FCC juga mengeluarkan produk BB Cream all-in-one, cuma yang istimewanya produk dari FCC ini diyakini halal dan boleh dibawa solat.


Jom kita lihat manfaat-manfaat BB Cream dari FCC ini:



  • Wajah tetap kelihatan natural setelah aplikasi seperti tidak mengenakan sebarang solekan
  • Memberi litupan sama seperti bedak asas, namun, teksturnya yang ringan dan tipis tidak menyumbatkan pori-pori.
  • Mengandungi Multi-Vitamins yang membantu memperbaiki kulit dari masa ke masa:
    • Macadamia Oil - Memberi kelembapan kepada kulit sepanjang hari
    • Vitamin B3 - Mengandungi agen yang dapat mengembalikan keserian semulajadi wajah anda.
    • Oat Extract - Menyuburkan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru bagi mengekalkan keremajaan kulit.
    • SPF 15 - Melindungi dari bahaya sinaran cahaya UV
    • Silk Protein - Mengandungi agen yang bertindak untuk melembutkan, menghaluskan dan menghasilkan tona warna kulit yang sekata.
    • Collagen - Memperbaiki tesktur permukaan kulit dan membantu
    • Argan Oil mengurangkan garis-garis halus dan tanda penuaan.


BB cream
BB Cream
Warna : Light to Med dan Medium to Dark.
Harga : RM 39.90

Friday, November 7, 2014

FCC: Cuci make up sepantas kilat

Menanggalkan makeup merupakan satu perkara yang remeh untuk kita lakukan khususnya apabila kita sedang berada ditempat awam. Sebagai contoh nak ambil wudhu di surau semasa waktu kerja atau sedang shopping, nak kena bawak botol make-up remover, cotton dan pencuci muka kan? Beratnya handbag nak bawa semua ni...

Ada tak yang lebih praktikal yang boleh pack and go aje??

MESTI LA ADA!!

Sekarang ni dah senang, dengan sekali sapuan je dah boleh cuci make-up, kawasan-kawasan sensitif pada wajah juga boleh dibersihkan khususnya kawasan mata dan bibir.

FCC Make-up Remover Wet Wipes. Kenapa Wet Wipes ni bagus?

  • Dapat cuci make-up dengan bersih hanya sekali sapuan
  • Aloe Vera, Vit E dan Mineral Complex - untuk melembap dan merawat kulit wajah
Saiz yang direka khas supaya praktikal dan mudah dibawa kemana-mana.

Make-Up Remover Wet n Wipes
hanya RM9.90

Sekarang ni bukan satu masalah lagi. Hanya bawak 1 pek Wet Wipes ni dalam beg dan boleh guna pada bila-bila masa. Tengah dalam bas atau LRT pon boleh guna untuk segarkan muka kita.

Thursday, November 6, 2014

Make-up Artist Malaysia: Sanding di Kayangan Heights

Salam, 

Solekan sanding Azreen di Kayangan Heights

makeup artist malaysia





Make-up Artist Malaysia: Nikah di Kayangan Heights

Salam, 

Solekan nikah Azreen di Kayangan Heights






Wednesday, November 5, 2014

FCC: Bedak cair untuk anti penuaan?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Kedutan pada wajah berpunca daru faktor penuan. Faktor ini dipengaruhi oleh   peningkatan umur, pemakanan dan persekitaran. Kebanyakan wanita pada usia seawal 25tahun sudah mempunyai garis-garis halus pada wajah. 
Gambar dari Google

FCC telah memperkenalkan produk High Performance Foundation untuk membantu kaum wanita mengatasi masalah penuaan ini. Dengan lambakan produk anti-penuaan di pasaran, FCC merupakan satu-satunya pengeluar kosmetik yang halal (SAH dibawa solat) dan dimiliki oleh bumitera.

Antara keistimewaan High Performance ini:

  • Halal - Sah dibawa solat selagi wudhu tidak batal. Bagi yang nak solat memang tak perlu susah-payah nak cuci makeup anda. Boleh wipe guna MakeUp Remover Wet Wipes dan terus solat je dengan syarat diri kita masih dalam wudhu' ye.
  • Water-base - kandungan cecair foundation ini berdasarkan air, jadi sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit normal, berminyak dan kombinasi.
  • Anti-ageing & pre-ageing  - Kandungan mineral dalam foundation ini berfungsi untuk melambatkan penuaan.
  • Merawat - Bagi kulit yang bermasalah khususnya jerawat, vitamin C dalam produk ini mampu merawat kulit anda. Vitamin E pula membantu memudarkan parut pada wajah anda.
  • Full-coverage - Cecair foundation ini cukup likat dan mampu menutup cela pada wajah khususnya pigmentasi dan parut jerawat. 
  • Light Texture - Tekstur cecair ini sangat ringan dengan kata lain rasa selesa dan ringan apabila mengaplikasikan pada wajah,"rasa macam tak pakai foundation je.."
  • Matte Finish - meninggalkan effect kulit sihat dan bersih. 
fcc kosmetik
High Performance Foundation
RM60.90






Tuesday, November 4, 2014

FCC: Pakej jimat BB cream dan Silky Touch Compact Powder

Salam,

Ramai sangat peminat FCC dok tanye lepas pakai BB cream kena pakai powder tak..jawapan saya depends kulit masing2, kalau kulit agak2 berminyak tu boleh la sapu powder lepas pakai BB cream ni..

Sekarang saya nak bukak order untuk pakej jimat BB cream ni..

2 item ni RM63 sahaje. Harga asal ni RM69.80 tau!