Monday, October 13, 2014

Resepi Kacang Pool

Rata-rata kawan2 kat facebook pakat dok update gamba kacang pool,tak pernah rasa tapi pernah la tengok TV3 review pasal kacang pool Haji kat Larkin (husband pelakon wan maimunah), bawah ni la rupa kacang pool,serve with chopped onion, chillies, and sunny side up egg..
Gambar ceduk dari jalan2makan2.blogspot.com

Last weekend i had my fair share on trying out the recipe..the taste was good especially bila makan dengan roti. I specifically bought thicker loaf sebab saja nak feeling2 macam makan kacang pool Haji.

resepi kacang pool

Kacang pool




Kacang Pool yang dah dilenyek


Kacang panggang


Kacang Pool yang nak dihidangkan kepada suami tercinta.. :P


Di bawah ni resepi Kacang pool yang saya dapat dari facebook:

Makanan Johor: Kacang Pool!

Bahan-bahan:

1. 1 tin kacang pool. 
Tos kemudian ramas-ramas jadi halus dan penyek. (*penyek tu macam tertekan / remuk / lenyek*)
2. 1 tin kecil kacang panggang. 
3. 200 gm daging lembu kisar. Nak guna daging kambing pun boleh.
4. 10 biji Bawang merah -dikisar halus-
5. 4 biji Bawang putih -dikisar halus-
6. 1 inci halia -dikisar halus-
7. 1 1/2 sudu besar rempah kari daging. 
8. 1 sudu besar serbuk ketumbar
9. 2 cawan air *ini agak-agaklah. Sebab mudah pekat bila sejuk*
10. Garam dan gula secukup rasa
11. Minyak sapi

Bahan-bahan hiasan tapi penyedap:

1) Telur mata kerbau
2) Bawang besar -potong dadu-
3) Lada merah -potong dadu-
4) Lada hijau -potong dadu-
5) Limau kasturi dibelah dua

Cara-caranya:

1) Campurkan serbuk ketumbar dan rempah kari daging ke dalam bahan-bahan yang dikisar halus (bawang putih, bawang merah dan halia). Masukkan sedikit air. Kacau hingga jadi pes.

2) Panaskan minyak sapi, dan tuang pes tadi sehingga berbau harum.

3) Masukkan daging kisar dan kacau rata sehingga masak dan berubah warna. Masukkan air dan kiub daging jika ada. Dah mendidih, masukkan kacang pool dan kacang panggang.

4) Masak sampai pekat, boleh tambah gula dan garam secukup rasa. 

5) Dah siap, hidang dalam mangkuk berserta bahan-bahan sampingan penyedap tadi tu kat atas kacang pool! 

Sedia dimakan! Sedap dimakan ketika suam / panas. Dah sejuk nanti dia jadi pekat! jadi, Bolehlah tambah air panas *pepandai alter sendiri* kasi elok sedap balik ok!

Selamat mencuba! Kacang pool ini sedap dimakan dengan roti tau.

No comments:

Post a Comment