Friday, November 21, 2014

Tips: Bagaimana nak maintain kening supaya tak berselerak

Sesiape yang memang dah ada kening hitam dan terletak tu memang sangat bertuah dah..macam saya, kening saya berselerak dan sangat jarang. Bila keluar rumah, saya akan warnakan kening supaya nampak tebal dan gelap ala2 Nora Danish.

Kemudian, untuk pastikan kening saya betol2 pada landasan yang telah saya warnakan, saya pakai browgel. TAPI boleh jugak kita guna cara DIY yang lain untuk gantikan browgel ni.



Boleh explore option di bawah:
1. Spray sikit hair spray pada jari atau brow comb, kemudian aliskan pada kening, dengan cara ni, bulu kening akan terurus dan terletak pada landasan yang betol.

2. Calitkan sikit lipbalm yang warna transparent pada jari, kemudian ratakan di bahagian kening. Cara ini juga dpt membantu kedudukan bulu-bulu kening. Sedikit cadangan kat sini, boleh guna Vaseline (petroleum jelly). 



Selamat mencuba!

P/S: Untuk warnakan kening, saya guna FCC Eyebrow Pencil no 03...Harga RM18.90 sahaja!


FCC eyebrow pencil



No comments:

Post a Comment